Tuesday, February 10, 2009

NUKILAN TERAKHIR

5:22 AM







Aku telah mengembara ke hujung dunia,
mencari cinta ku.
Tapi pertama kali bertemu abang,
hati ku terus terpaut.
Demi Tuhan, aku tak tahu kenapa.
Tapi itulah kebenarannya.
Aku telah menolak abang.
Tapi abang mencabar aku dengan kejujuran abang.
Abang tahu yang abang tidak bertepuk sebelah tangan.
Hanya dengan sebuah renungan,
aku jatuh tersungkur ke penjuru mata abang.
Semakin mengenali abang,
aku tak dapat lagi membohongi perasaan ku,
bahawa aku menyayangi abang.
Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa.
Dewasa menjadi cinta.
Dan saat aku mencintai abang,
aku jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam.
Lemas dan hampir tenggelam,
dalam lautan kasih sayang,
seribu impian.
Dan aku mula terfikir.
Aku mengembara ke hujung dunia,
mencari abang.
Rupanya abang ada di sisi ku selama ini.
Dan baru aku sedari,
tika dan saat itu.
Bagai merpati putih,
cinta ku berkelana,
mencari singgahsana di hati abang,
untuk bertakhta.
Dan telah nyata,
aku tak temui,
noktah cinta itu…
Tapi akhirnya,
bila abang telah memiliki cinta ku,
abang mencampakkannya jauh
ke dasar laut yang tak mampu ku selam.
Di sana, aku tak mampu melihat cahaya.
Abang beri aku harapan yang sangat besar.
Dan akhirnya,
abang juga yang menyalakan api
dan membakar ku dalam diam….
Aku sedih sangat,
bila abang kata....
aku tak tau apa yang sebenarnya aku cari.
Tapi jauh di sudut hati,
aku merasakan,
bahawa abang masih belum cukup dewasa
untuk memahami apa itu cinta.
Dan mungkin takkan pernah dewasa…
Atau mungkin juga,
abang belum pernah benar-benar
jatuh cinta pada seseorang…
Jadi, selama ini,
siapa aku sebenarnya di hati abang?
Adakah selama ini,
abang sebenarnya tak pernah mencintai aku?
Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar aku,
bahawa cinta itu perlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu aku,
agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
Abang...
abang mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali.
Tapi aku pula seorang perempuan yang percaya,
bahawa dalam hidup saya,
saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta…
Kita hidup sekali,
mati sekali,
dan mencintai sekali…
Melangkah pergi meninggalkan abang,
telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada.
Jangan anggap bahawa aku tinggalkan abang
kerana aku bencikan abang.
Jangan pernah menganggap.
Bagaimana harus aku bencikan abang,
sedangkan setiap hari,
aku merindui abang,
biar pun pada ketika abang berada di sisi ku…
Setiap saat,
aku mengingati abang…
Seumur hidup ini,
aku mencintai abang…
Abang…
Sebelum aku menghilang dari dunia abang,
aku ingin menyatakan sesuatu,
yang tak pernah abang tahu.
Kalaulah abang bertanya pada ku,
sedalam mana aku cintakan abang,
inilah jawapan aku…
‘Kalau suatu hari,
abang kehilangan sepasang mata,
aku akan memberi sepasang mata ku,
agar abang dapat melihat semula.
Meski pun untuk itu,
aku harus buta buat selama-lamanya…
‘Kalau suatu hari,
abang kehilangan suara,
aku akan memberi suara ku,
agar abang dapat bersuara semula.
Meski pun untuk itu,
aku harus bisu buat selama-lamanya…
‘Dan kalau suatu hari,
abang kehilangan hati,
aku akan memberi hati ku,
agar abang dapat hidup untuk selama-lamanya.
Meski pun untuk itu,
aku tiada lagi di dunia ini…
’Semuanya untuk abang.
Tapi sayang,
abang tak pernah tahu….
Seseorang pernah berkata -
‘Kalau kita benar2 mencintai seseorang...
Biar kan dia pergi.....
Jika dia memang di takdirkan untuk mu...
Dia tetap akan kembali kepada mu.....
Tetapi jika tidak,
Dia memang tidak di takdirkan untuk mu sejak dari mula lagi...., ’Abang...…Dengarlah…
Aku mencintai mu.
Terlalu mencintai abang…
Dan kerana aku mencintai abanglah,
aku melangkah pergi,
demi kebahagiaan abang…
Aku berdoa,
supaya suatu hari nanti,
abang akan temui apa yang abang cari.
Supaya suatu hari nanti,
abang akan memahami,
apa erti cinta yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti,
abang akan dapat mengetahui,
bagaimana rasanya,
terlalu mencintai seseorang……
Dan semoga abang tak akan pernah terlewat
untuk menghargainya…
Abang…
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita.
Aku tahu...,
ada hikmah di sebalik semua ini.
Dan aku tak akan menyoal.
Aku juga tak pernah kesal.
Sekurang-kurangnya,
sepanjang mengenali abang,
aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan ku.
Aku juga percaya,
andai benar kita punya jodoh,
abang akan kembali semula pada ku.
Itu bukanlah harapan ku.
Tapi aku ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan.
Dan kalau pun abang takkan pernah kembali pada ku,
Aku percaya,
mungkin itu yang terbaik.
Di mana pun abang berada,
abang tetap bertakhta di hati ku.
Dan di mana pun aku berada,
Aku akan tetap mencintai abang.
Abang…
Maut sekali pun,
tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta ku pada abang…

Carilah seorang yang bisa membuat

HATI kita tersenyum,
kerna akan tiba satu ketika di dalam kehidupan,
apabila kita teramat RINDU seseorang
sehingga kita ingin mengapainya dari mimpi kita
dan memeluknya dengan erat.

0 comments:

Post a Comment