Monday, February 9, 2009

CINTA SEORANG YANG BERNAMA TEMAN.....

2:08 AM

Dulu engkau ku kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada di sisi
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini?
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku
Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Bait lagu menjadi syahdu dan sendu
Masa yang berlalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita?
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini?
Ku tak sanggup kehilanganmu
menyemai cinta, menyemai kasih,
Sahabat dimula, merindu mengasih.
Gelak tawa,memikat hati,
Suka duka, cuba menyendiri.
Tiap malam, ku duduk termenung,
Fikirkan dia sering terlayang.
Walau hati rindu dan sayang,
Namun aral sering melintang.

0 comments:

Post a Comment