Tuesday, February 10, 2009

CINTA YANG BERAKHIR....

3:56 AM

Sayang...
Aku mengakui bahawa diri ini terlalu sukar untuk melakukannya,
namun apakan daya demi kebaikan bersama
terpaksa jua aku melepaskan kau pergi
walaupun hati kecil ini sering sahaja memberontak
mengatakan tidak dengan sepenuh hati.
Namun biarlah diri ini yang menanggung segala penderitaan
kerana aku benar-benar merelakan.
Andai waktu dapat aku putarkan,
ingin sahaja aku kembalikan waktu kepada keadaan yang dulu.
Bukan menyesali dengan apa yang terjadi,
cuma hati ini tidak pernah menyangka
bahawa segalanya begitu cepat berlalu.
Buat diri ini,hanya kau sahaja yang bertakhta dihati.
Bukan tidak tidak dapat menerima takdir illahi
yang kau bukan milikku lagi,
tetapi kerana hati masih tidak berupaya
untuk melupakan cinta dan kebahagian yang telah kau beri.
Mungkin suatu hari nanti aku akan bertemu
sebuah cinta yang baru,
tetapi ianya tidak akan menghalang diri ini
untuk terus menyayangi dirimu
kerana padaku kau sememangnya
bermakna dalam hidupku,
kini dan selamanya.
Segala apa yang telah terjadi
harap kau sematkanlah dihati
agar menjadi suatu rahsia dan kenangan abadi,
agar diri dan jiwa sering mengingati
bahawa kita pernah mengikat janji
pada sebuah cinta yang suci.
Mohon maaf andai coretan ini
menganggu hidupmu,
bukan sengaja ingin meluahkan apa yang tersirat dihati,
bukan jua berniat ingin memenangi hatimu kembali
dan bukan juga ingin meminta belas simpati,
tetapi hanya sekadar coretan biasa
untuk mengubati jiwa yang terluka ini..
Hingga akhir hayatku,
aku akan mengenang kembali
saat kita bersama,
kerana cinta itu adalah memori,
cuba ku lupakanmu,
tapi tak mampu,
kerana aku sentiasa mengingatimu,
kerana cinta itu tak pernah mati
tak pernah ada pengganti dirimu,
kerna aku jadikan cinta itu abadi....
dan aku jaga hingga hari aku tiada lagi........
lalu akhir perjalanan ku aku ertikan cinta itu
Adalah kamu.............
.

0 comments:

Post a Comment