Tuesday, February 10, 2009

ANTARA AKU..KAU...DAN DIA...

4:41 AM

Antara aku , kau dan dia
Takdir mengatur pertemuan ini
Yang membawa kita mengenali sesama sendiri
Dan kini menjadi igauan ngeri
Antara aku , kau dan dia
Aku sayangkan kalian berdua
Dia sahabatku dan kau buah hatiku
Tapi kini aku harus memilih
diantara kamu berdua
Antara aku , kau dan dia
Dia amat memahami diriku
Sedangkan kau yang amat ku kasihi
Hanya pandai mencari kesilapanku
Antara aku , kau dan dia
Ku putuskan persahabatan dengan dia
Kerana kau yang berada dalam hatiku
Namun kau tak pandai menilai kesetiaanku
Antara aku , kau dan dia
Ku harapkan kau menghargai diriku
Mempercayai kasih suciku
Semoga pengorbanan dia tidak sia-sia
Antara aku , kau dan dia
Dia tetap sahabat sejatiku
Kau tetap kekasih hatiku
Kalian amat istimewa dalam hidupku

0 comments:

Post a Comment