Tuesday, February 10, 2009

BILA KU KATA KAN....

5:05 AM

Bila aku katakan,
kau yang satu di hatiku,
adakah kau tahu bahawa ku sentiasa setia padamu,
adakah kau tahu hanya kau yang bertakhta dalam sanubariku...
Bila aku katakan,
kau akan tetap bersamaku,
adakah kau tahu aku ingin kau menemaniku diriku selamanya,
adakah kau tahu aku ingin layari hidup ini bersamamu....
Bila aku katakan,
kau lah cinta sejatiku,
adakah kau tahu kau yang pertama dan terakhir dalam hidupku,
adakah kau tahu yang hanya pada kau ku sandarkan hatiku.....
Bila aku katakan,
aku bahagia di sampingmu,
adakah kau tahu
kaulah yang mengukirkan senyuman di wajahku,
adakah kau tahu kaulah memori terindah dalam hidupku....
Bila aku katakan,
Cintaku tulus,
adakah kau tahu betapa aku amat menyayangi dirimu,
betapa aku begitu perlukan kau.....
Dan bila aku katakan,
Aku cinta padamu,
adakah kau tahu kaulah cahaya hidupku,
yang ingin aku jaga dan simpan sepanjang hayatku......

0 comments:

Post a Comment