Monday, February 9, 2009

ERTI RINDU BAGI KU

6:41 AM

Rindunya aku tak dapat aku gambarkan,
Rindu pada belaian cintamu,
Bukan dengan sentuhan tetapi cukup sekadar perasaan...
Rindu yang menyeksakan aku...
Tapi jugak membahagiakan aku...
Rindunya aku pada dirimu,
Walau seribu tahun berlalu,
Rasa ini tetap di hati,
Kerana telah aku tetapkan,
Kau bukan yang pertama tapi terakhir bagiku....
Rindunya aku pada suaramu,
Yang dulu jadi semangatku,
Yang pernah menggoncang emosi,
Yang telah mencair kerasnya hatiku ini,
Suara yang telah mengubah sejarah hidupku,
Menyelamatkan aku dari lembah kegelapan,
Dengan cahaya cinta penuh suci kerana Dia...
Yang kau tanam dalam diriku yang terlupa,
Rindunya aku pada gayamu,
Tiada istilah manja,
Tapi penuh rasa cinta,
Kerana katamu,
Manjalah Dia lebih dari manja pada dirimu,
Simpanlah manja itu setelah kita bersama,
Kerana biarlah cinta itu yang memanjakan kita berdua...
Rindunya aku pada tawamu,
yang sentiasa memandu hidupku,
Yang menceriakan hari-hariku,
Terima kasih padamu,
kerana rindu ini,kerana cinta ini,
kerana kasih darimu ini,
yang buat ku hidup hingga ke hari ini.....

0 comments:

Post a Comment