Tuesday, January 6, 2009

MASIH ADA RINDU BUATMU......

4:31 AM


Tanpa ku sapa rindu itu
Tapi ianya tetap datang
Kenangan lama terus bertandang
Meresap dikalbu
Menagih sesuatu


Wahai rindu.
Kenapa engkau kembali
Bukankah dah kusimpan rapi
Di peti yang berkunci
Namun.
Engkau menjelma silih berganti

Tatkala sepi datang
Rindu hadir beriringan
Cerita manis
Cerita romantis
Sukar ditepis.

Dengan setulus hati
Kurakam di sini
Rinduku masih menanti.


*****

Aku menjadi keliru
Kenapa engkau suntik hatiku
Dengan denyutan rindu
Tanpa kita bersua
Tanpa kita bicara
Semakin ada keserasian
Semakin lama
Semakin rindu.

Sesekali
Aku terus diburu
Aku terus berlari
Aku terus mencari
Pabila engkau tiada
Semakin lama
Semakin rindu.


Maka di kamar ini
Ada rahsia di sebalik cerita
Ada kalimah di sebalik rahsia
Hanya berbisik di hati
Semakin lama
Semakin rindu.


Terlalu sukar untuk diertikan
Engkau yang tak kukenali
Yang tak pernah kuperhati
Ternyata masih ada
Rindu buatmu.

0 comments:

Post a Comment