Thursday, January 15, 2009

AKU MAHU MENYINTAI MU....

5:09 AM


Aku mahu menyintaimu tetapi aku tidak dapat....
telah kucuba berulangkali tetap rebah tewas sendiri....
dengan perasaan yg sebaliknya....
tentu kau kecewa jika mengetahuinya...
Bahkan aku sendiri tidak mengerti mengapa....
setelah kukerah segenap kekuatan.....
masih cinta itu tidak hadir....
sebagaimana yg kau harapkan dariku....
Aku mahu menyintaimu ....
demi membalas baik budimu.....
pengorbananmu tak terungkap dengan kata-kata......
terlalu besar kasih sayangmu.....
namun kenapa aku masih kalah....
tidak berdaya menyintaimu.....
sepertimana cinta yg kau taburkan padaku?
Aku mahu menyintaimu....
tetapi aku tidak dapat.....
mampukah aku membohongi hatiku selamanya.....
dengan kata-kata cinta.....
sedangkan aku mahu menyintaimu.....
setulus hati tetapi aku tidak dapat....
hatiku masih tidak bergetar....
utk menyintaimu sepertimana kau menyintaiku....
Kukerah tenaga sehingga lelah....
tetap cinta itu tak mahu hadir.....
adakah aku tak cukup berjuang.....
hingga getaran itu tak terasa....
Aku berusaha meraih perasaan itu.....
tapi aku tidak dapat.....
oh! aku benar-benar kecewa.....
kenapa hatiku ini begitu degil.....
utk melepaskan kenangan lalu.....
dan menerima cintamu yg tulus suci???
Tuhan..sekiranya dia jodohku.....
titipkan perasaan kasih sayang dan cinta....
dalam hatiku kepadanya.....
kerana tanpa kurniaan cinta dariMu....
aku tak mampu berbohong lagi....
Aku tak berdaya menyintai seseorang....
tanpa Kau izinkan perasaan itu....
bersatu dihati segenap ragaku..
Aku masih cuba....
dan akan terus mencuba...
utk menyintaimu......
sehingga aku benar-benar pasti....
bahawa kaulah lelaki itu....
yg ditakdirkan untukku....
Aku mahu menyintaimu....
sepertimana kau menyintaiku.....
aku tidak mahu menghampakanmu....
harapanmu padaku tak pernah surut....
bahkan kasih sayangmu....
terus membanjiri hidupku....
tanpa dapat aku membalasnya.....
sebaik budimu......
Aku benar-benar mahu menyintaimu....
biarkan aku terus mencuba....
kerna aku sungguh2 tidak mahu....
hatimu dikecewakan lagi.......

0 comments:

Post a Comment