Thursday, January 1, 2009

DUGAAN....

8:45 AM


DUGAAN YANG MENIMPA DIRIKU....
MERAGUT SEGALA KEGEMBIRAAN YANG AKU MILIKI.
KEBAHAGIAN PUNAH DALAM SEKELIP MATA..
HATI MANA YANG TIDAK LULUH,
ANDAI KEHIDUPAN MENJADI PERTARUHAN.
CUMA YANG TINGGAL.....
SEMANGAT YANG ADA KALANYA GOYAH....
BERSAMA KEPERITAN YANG DATANG MENERJAH..
KAU MENYEDARKAN AKU..
MEMBUAT AKU MENGERTI..
KEHIDUPANKU SEBENARNYA PENUH TEKA-TEKI..
SETIAP HARI MENTARI MUNCUL,
AKU BERSYUKUR KERANA MASIH BERNAFAS.
SETIAP HARI APABILA MENTARI PERGI,
AKU MENANTI PENUH DEBAR HARI-HARI YANG MENDATANG.
AKU PASRAH MENANTI DENGAN DOA,
SEMOGA SUATU SAAT NANTI PENDERITAAN ITU AKAN BERLALU PERGI.
LALU AKU MENANAM TEKAD DIHATI,....
AKU MAHU TERUS HIDUP SEPUAS-PUASNYA,
MENIKMATI HIDUP INI DENGAN KASIH SAYANG YANG DIBERI...."

0 comments:

Post a Comment