Tuesday, February 10, 2009

NUKILAN TERAKHIR

5:22 AM







Aku telah mengembara ke hujung dunia,
mencari cinta ku.
Tapi pertama kali bertemu abang,
hati ku terus terpaut.
Demi Tuhan, aku tak tahu kenapa.
Tapi itulah kebenarannya.
Aku telah menolak abang.
Tapi abang mencabar aku dengan kejujuran abang.
Abang tahu yang abang tidak bertepuk sebelah tangan.
Hanya dengan sebuah renungan,
aku jatuh tersungkur ke penjuru mata abang.
Semakin mengenali abang,
aku tak dapat lagi membohongi perasaan ku,
bahawa aku menyayangi abang.
Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa.
Dewasa menjadi cinta.
Dan saat aku mencintai abang,
aku jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam.
Lemas dan hampir tenggelam,
dalam lautan kasih sayang,
seribu impian.
Dan aku mula terfikir.
Aku mengembara ke hujung dunia,
mencari abang.
Rupanya abang ada di sisi ku selama ini.
Dan baru aku sedari,
tika dan saat itu.
Bagai merpati putih,
cinta ku berkelana,
mencari singgahsana di hati abang,
untuk bertakhta.
Dan telah nyata,
aku tak temui,
noktah cinta itu…
Tapi akhirnya,
bila abang telah memiliki cinta ku,
abang mencampakkannya jauh
ke dasar laut yang tak mampu ku selam.
Di sana, aku tak mampu melihat cahaya.
Abang beri aku harapan yang sangat besar.
Dan akhirnya,
abang juga yang menyalakan api
dan membakar ku dalam diam….
Aku sedih sangat,
bila abang kata....
aku tak tau apa yang sebenarnya aku cari.
Tapi jauh di sudut hati,
aku merasakan,
bahawa abang masih belum cukup dewasa
untuk memahami apa itu cinta.
Dan mungkin takkan pernah dewasa…
Atau mungkin juga,
abang belum pernah benar-benar
jatuh cinta pada seseorang…
Jadi, selama ini,
siapa aku sebenarnya di hati abang?
Adakah selama ini,
abang sebenarnya tak pernah mencintai aku?
Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar aku,
bahawa cinta itu perlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu aku,
agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
Abang...
abang mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali.
Tapi aku pula seorang perempuan yang percaya,
bahawa dalam hidup saya,
saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta…
Kita hidup sekali,
mati sekali,
dan mencintai sekali…
Melangkah pergi meninggalkan abang,
telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada.
Jangan anggap bahawa aku tinggalkan abang
kerana aku bencikan abang.
Jangan pernah menganggap.
Bagaimana harus aku bencikan abang,
sedangkan setiap hari,
aku merindui abang,
biar pun pada ketika abang berada di sisi ku…
Setiap saat,
aku mengingati abang…
Seumur hidup ini,
aku mencintai abang…
Abang…
Sebelum aku menghilang dari dunia abang,
aku ingin menyatakan sesuatu,
yang tak pernah abang tahu.
Kalaulah abang bertanya pada ku,
sedalam mana aku cintakan abang,
inilah jawapan aku…
‘Kalau suatu hari,
abang kehilangan sepasang mata,
aku akan memberi sepasang mata ku,
agar abang dapat melihat semula.
Meski pun untuk itu,
aku harus buta buat selama-lamanya…
‘Kalau suatu hari,
abang kehilangan suara,
aku akan memberi suara ku,
agar abang dapat bersuara semula.
Meski pun untuk itu,
aku harus bisu buat selama-lamanya…
‘Dan kalau suatu hari,
abang kehilangan hati,
aku akan memberi hati ku,
agar abang dapat hidup untuk selama-lamanya.
Meski pun untuk itu,
aku tiada lagi di dunia ini…
’Semuanya untuk abang.
Tapi sayang,
abang tak pernah tahu….
Seseorang pernah berkata -
‘Kalau kita benar2 mencintai seseorang...
Biar kan dia pergi.....
Jika dia memang di takdirkan untuk mu...
Dia tetap akan kembali kepada mu.....
Tetapi jika tidak,
Dia memang tidak di takdirkan untuk mu sejak dari mula lagi...., ’Abang...…Dengarlah…
Aku mencintai mu.
Terlalu mencintai abang…
Dan kerana aku mencintai abanglah,
aku melangkah pergi,
demi kebahagiaan abang…
Aku berdoa,
supaya suatu hari nanti,
abang akan temui apa yang abang cari.
Supaya suatu hari nanti,
abang akan memahami,
apa erti cinta yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti,
abang akan dapat mengetahui,
bagaimana rasanya,
terlalu mencintai seseorang……
Dan semoga abang tak akan pernah terlewat
untuk menghargainya…
Abang…
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita.
Aku tahu...,
ada hikmah di sebalik semua ini.
Dan aku tak akan menyoal.
Aku juga tak pernah kesal.
Sekurang-kurangnya,
sepanjang mengenali abang,
aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan ku.
Aku juga percaya,
andai benar kita punya jodoh,
abang akan kembali semula pada ku.
Itu bukanlah harapan ku.
Tapi aku ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan.
Dan kalau pun abang takkan pernah kembali pada ku,
Aku percaya,
mungkin itu yang terbaik.
Di mana pun abang berada,
abang tetap bertakhta di hati ku.
Dan di mana pun aku berada,
Aku akan tetap mencintai abang.
Abang…
Maut sekali pun,
tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta ku pada abang…

Carilah seorang yang bisa membuat

HATI kita tersenyum,
kerna akan tiba satu ketika di dalam kehidupan,
apabila kita teramat RINDU seseorang
sehingga kita ingin mengapainya dari mimpi kita
dan memeluknya dengan erat.

BILA KU KATA KAN....

5:05 AM

Bila aku katakan,
kau yang satu di hatiku,
adakah kau tahu bahawa ku sentiasa setia padamu,
adakah kau tahu hanya kau yang bertakhta dalam sanubariku...
Bila aku katakan,
kau akan tetap bersamaku,
adakah kau tahu aku ingin kau menemaniku diriku selamanya,
adakah kau tahu aku ingin layari hidup ini bersamamu....
Bila aku katakan,
kau lah cinta sejatiku,
adakah kau tahu kau yang pertama dan terakhir dalam hidupku,
adakah kau tahu yang hanya pada kau ku sandarkan hatiku.....
Bila aku katakan,
aku bahagia di sampingmu,
adakah kau tahu
kaulah yang mengukirkan senyuman di wajahku,
adakah kau tahu kaulah memori terindah dalam hidupku....
Bila aku katakan,
Cintaku tulus,
adakah kau tahu betapa aku amat menyayangi dirimu,
betapa aku begitu perlukan kau.....
Dan bila aku katakan,
Aku cinta padamu,
adakah kau tahu kaulah cahaya hidupku,
yang ingin aku jaga dan simpan sepanjang hayatku......

TETAP MILIK MU...

5:02 AM

kau bukan yang pertama
namun ku mohon biarlah yang terakhir..
cintaku tetaplah padamu
tak mungkin ku lupakan saat pertama kali
mata bertentang mata
nyata tiada cinta antara kita
namun siapa sangka dia pengikat kita
kau sentiasa di sisi
saat langitku sunyi gelap tanpa cahaya
pancaran sinarmu membuat aku makin bahagia
aku impikan hidup selamanya
kerna aku mahu di sampingmu buat selamanya
kini kau seakan menjauh
mungkin benar kata mereka
pasti ada cerita sebaliknya
ku yakini hatiku ku tekadkan cintaku
walau apa mendatang
cintaku tetap milikmu....
cinta itu adalah pohonan rendang..

andai disemai bersama indahnya baja kasih,
maka mekarlah bunganya sayang,
namun andai di sakiti racun tiada kejujuran,
timbullah benci yang bisa melayukan...

SAAT KU TERMENUNG...

4:56 AM

Saat ku termenung memikirkanmu,
ku teringat kembali......
Peristiwa yang terjadi antara kita dulu...
Kau hadir saat ku perlukan seorang teman bicara di sampingku....
Kau berikan aku sepenuh perhatianmu......
Kau titipkan kata semangat padaku
untuk tabah menghadapi saat-saat dukaku...
Lalu ku paling menoleh padamu...
Kau hanya sekadar membisu...
Melempar senyuman yang penuh indah pada diriku....
Tanpa pernah jemu menemaniku....
Walaupun aku hanya diam terkaku....
Tapi ku tak sangka.....
Saat ku termenung mengenangmu....
Tiada lagi dirimu....
Yang pergi tinggalkan diriku....
Tanpa jawapan yang benar-benar ku perlu....
Dari soalan yang ku luahkan padamu...
Adakah kau sudi menjadi pengganti dirinya?
sebulan berlalu,ku menanti jawapanmu...
akhirnya kau datang dekat padaku....
membawa khabar yang membungakan hatiku...
yang kau sudi menjadi kekasihku.....
Dan kini aku menjadi aku....
Hasil sentuhan tulus cintamu...
Aku bangkit dari tidurku...
Mengatur langkah melupai memori pahitku...
Dan ku belajar menerima dirimu....
Terima ksih atas segalanya....
Kau bawa harapan pada diriku...
Kau bawa sinar dalam hatiku....
Kau bawa cahaya dalam cintaku....
Semoga kasih kita sentiasa berpanjangan...
Dan aku berjanji pada dirimu....
Kan ku setia menjaga dirimu....
Sehingga ke hujung waktu usiaku....
Memegang tanganmu sepanjang hidupku....
Menjadi raja dalam hatimu...
Saat ku termenung....
Kau sudah ada di hatiku....
Hanya tawamu memikat kalbuku...
Hanya hatimu di dalam hatiku....
Aku sayang padamu....
Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam,
memadailah aku menjadi kunang-kunang
yang menemani dikegelapan...

KENAPA???

4:48 AM

kenapa bila kita bertemu dulu,
aku yang diam dan kau yang bercakap?
sebab aku malu padamu....
kenapa bila kita bercakap dulu,
pasti aku yang akhirnya membisu?
sebab aku ingin kau tahu aku akan sentiasa memenangi dirimu...
kenapa bila kita bergaduh dulu,
pasti aku yang akhirnya mengalah?
sebab aku begitu menyayangimu....
kenapa bila kita berjalan dulu,
aku yang ada di belakang dirimu?
sebab aku begitu takut kau hilang dari pandanganku...
kenapa bila kita berbual dalam tepon dulu,
aku akan suruh kau letak dulu?
sebab aku ingin pastikan kau selamat di situ...
kenapa bila aku luahkan cinta padamu dulu,
kau pula yang diam?
sebab kau tak sangka aku suka padamu....
kenapa bila aku ucap kata cinta padamu dulu,
kau pula yang membisu?
sebab kau sedang mengawal rasa gembiramu...
kenapa bila kita bertemu sekarang,
aku yang bercakap dan kau terdiam?
sebab kau begitu ingin mendengar suaraku selamanya...
kenapa bila kita bercakap sekarang
kita akan sama-sama terbisu?
sebab kita tak perlu lagi bercakap
untuk nyatakan rasa cinta di hati...
kenapa bila kita bergaduh sekarang,
kita sama-sama minta maaf?
sebab kau dan aku tahu kita saling memahami
dan bertolak ansur....
kenapa bila berjalan sekarang,
kau dan aku seiring sejalan?
sebab kita saling memerlukan....
kenapa bila berbual dalam tepon sekarang,
kita gilir-gilir amik turn letak tepon dulu?
sebab kau ingin aku selamat seperti juga dirimu....
kenapa bila aku luahkan cinta padamu sekarang,
kau tersenyum padaku,
sebab kau bahagia ada di sampingku...
kenapa bila aku ucap kata cinta padamu sekarang,
kau juga ucap yang sama padaku?
sebab kau tahu aku cinta padamu
dan kau juga cinta padaku....

ANTARA AKU..KAU...DAN DIA...

4:41 AM

Antara aku , kau dan dia
Takdir mengatur pertemuan ini
Yang membawa kita mengenali sesama sendiri
Dan kini menjadi igauan ngeri
Antara aku , kau dan dia
Aku sayangkan kalian berdua
Dia sahabatku dan kau buah hatiku
Tapi kini aku harus memilih
diantara kamu berdua
Antara aku , kau dan dia
Dia amat memahami diriku
Sedangkan kau yang amat ku kasihi
Hanya pandai mencari kesilapanku
Antara aku , kau dan dia
Ku putuskan persahabatan dengan dia
Kerana kau yang berada dalam hatiku
Namun kau tak pandai menilai kesetiaanku
Antara aku , kau dan dia
Ku harapkan kau menghargai diriku
Mempercayai kasih suciku
Semoga pengorbanan dia tidak sia-sia
Antara aku , kau dan dia
Dia tetap sahabat sejatiku
Kau tetap kekasih hatiku
Kalian amat istimewa dalam hidupku

CINTA YANG BERAKHIR....

3:56 AM

Sayang...
Aku mengakui bahawa diri ini terlalu sukar untuk melakukannya,
namun apakan daya demi kebaikan bersama
terpaksa jua aku melepaskan kau pergi
walaupun hati kecil ini sering sahaja memberontak
mengatakan tidak dengan sepenuh hati.
Namun biarlah diri ini yang menanggung segala penderitaan
kerana aku benar-benar merelakan.
Andai waktu dapat aku putarkan,
ingin sahaja aku kembalikan waktu kepada keadaan yang dulu.
Bukan menyesali dengan apa yang terjadi,
cuma hati ini tidak pernah menyangka
bahawa segalanya begitu cepat berlalu.
Buat diri ini,hanya kau sahaja yang bertakhta dihati.
Bukan tidak tidak dapat menerima takdir illahi
yang kau bukan milikku lagi,
tetapi kerana hati masih tidak berupaya
untuk melupakan cinta dan kebahagian yang telah kau beri.
Mungkin suatu hari nanti aku akan bertemu
sebuah cinta yang baru,
tetapi ianya tidak akan menghalang diri ini
untuk terus menyayangi dirimu
kerana padaku kau sememangnya
bermakna dalam hidupku,
kini dan selamanya.
Segala apa yang telah terjadi
harap kau sematkanlah dihati
agar menjadi suatu rahsia dan kenangan abadi,
agar diri dan jiwa sering mengingati
bahawa kita pernah mengikat janji
pada sebuah cinta yang suci.
Mohon maaf andai coretan ini
menganggu hidupmu,
bukan sengaja ingin meluahkan apa yang tersirat dihati,
bukan jua berniat ingin memenangi hatimu kembali
dan bukan juga ingin meminta belas simpati,
tetapi hanya sekadar coretan biasa
untuk mengubati jiwa yang terluka ini..
Hingga akhir hayatku,
aku akan mengenang kembali
saat kita bersama,
kerana cinta itu adalah memori,
cuba ku lupakanmu,
tapi tak mampu,
kerana aku sentiasa mengingatimu,
kerana cinta itu tak pernah mati
tak pernah ada pengganti dirimu,
kerna aku jadikan cinta itu abadi....
dan aku jaga hingga hari aku tiada lagi........
lalu akhir perjalanan ku aku ertikan cinta itu
Adalah kamu.............
.

WAKTU YANG TELAH BERLALU...

3:53 AM

Melihat indahnya kerlipan bintang
di langit yang cerah,
mengelilingi rembulan
Aku teringat suatu waktu yang telah berlalu
Tentang suatu cerita .....
Tentang aku yang dulu
Hmm .....
Disaksikan oleh bintang itu,
jua si rembulan
Aku pernah berkata kepada diriku
Ada sesuatu yang tak bisa ku padamkan
Yang aku mahu ianya tetap begitu
Selalunya setia di situ
Biarpun waktu itu telah lama berlalu
Biarpun hakikat cerita itu sudah jauh dariku
Perlukah aku tulis kembali cerita itu?
Atau ku biarkan saja .....
Dan sepi?
Mungkin wajar saja .....
Ku biarkan ia begitu
Waktu yang telah berlalu
Memang tidak mungkin kembali
Apa yang ada .....
Waktu ini .....
Dan waktu yang sedang menunggu .....
Hmm .....
Bintang dan bulan mahu ke mana?
Kenapa ku lihat kalian seperti menjauhiku?
Kenapa kalian mahu pergi tinggalkan aku?
Bukankah aku sedang berbicara di sini
Tunggu .....
Jangan pergi
Jangan biar aku sendirian di sini .....
Bintang .....
Bulan .....
Tunggu dulu
Ingin ku khabarkan
Kenangan tetap ada di situ .....
Cuma .....
Waktu yang telah berlalu
Aku tak mengharapkan cerita itu seperti kemahuanku
Biarkan ia begitu, berlalu
Aku cuma mahukan cerita yang sedang ku lalui ini
Menjadi sesuatu yang terindah dalam hidupku .....
Abadi
CATATAN SI PUNGGUK

ANDAI ITU SURATAN NYA....

3:44 AM

Tuhan..
Seandainya telah engkau catatkan,
Dia menjadi milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah dirinya dengan diriku...
Tuhanku..
Jika dia ditakdirkan bukan milikku,
Tidak tercipta buatku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Lapok dari ingatanku,
Peliharalah diriku dari rasa kecewa,
Berilah aku kekuatan,
Meski pun tanpa dirinya...
Engkau gantikanlah yang hilang,
Tumbuhkanlah yang patah,
Kupohon dan kurayu padamu..
Kau hapuskanlah perasaan ini,
Seandainya dia tidak menyintaiku..
Tetapi tuhanku..
Seandainya dia telah ditakdirkan untukku,
Sentiasa kuatkanlah cintanya
Sebagaimana kuatnya aku mencintainya.................
AMIN..............
DIA TIDAK INDAH DI MATAMU..

DIA TIDAK MENGGETARKAN BATINMU..
TETAPI DIA ADA DALAM HATI KECILMU

DI HATI SIAPA YANG TAHU

3:18 AM

saat aku tertawa mereka tersenyum melihat gembiranya aku
tapi apakah mereka tahu isi hatiku??
saat aku mengalirkan air mata
mereka sekadar bertanya mengapa..
lalu aku menggelengkan kepalaku
tanda tiada luka
lantas mereka pergi meninggalkan aku tanpa menoleh..
tahukah mereka apa di hatiku??
saat aku tersenyum
rembulan menyinar tanda hari kian bahagia
segala insan juga merasakan aku kian bahagia
namun tahukah mereka sakit apa di hatiku?
akhirnya aku merasakan
biarlah aku sentiasa tersenyum agar mereka bahagia
walau hatiku tiada yang tahu...

Monday, February 9, 2009

ERTI RINDU BAGI KU

6:41 AM

Rindunya aku tak dapat aku gambarkan,
Rindu pada belaian cintamu,
Bukan dengan sentuhan tetapi cukup sekadar perasaan...
Rindu yang menyeksakan aku...
Tapi jugak membahagiakan aku...
Rindunya aku pada dirimu,
Walau seribu tahun berlalu,
Rasa ini tetap di hati,
Kerana telah aku tetapkan,
Kau bukan yang pertama tapi terakhir bagiku....
Rindunya aku pada suaramu,
Yang dulu jadi semangatku,
Yang pernah menggoncang emosi,
Yang telah mencair kerasnya hatiku ini,
Suara yang telah mengubah sejarah hidupku,
Menyelamatkan aku dari lembah kegelapan,
Dengan cahaya cinta penuh suci kerana Dia...
Yang kau tanam dalam diriku yang terlupa,
Rindunya aku pada gayamu,
Tiada istilah manja,
Tapi penuh rasa cinta,
Kerana katamu,
Manjalah Dia lebih dari manja pada dirimu,
Simpanlah manja itu setelah kita bersama,
Kerana biarlah cinta itu yang memanjakan kita berdua...
Rindunya aku pada tawamu,
yang sentiasa memandu hidupku,
Yang menceriakan hari-hariku,
Terima kasih padamu,
kerana rindu ini,kerana cinta ini,
kerana kasih darimu ini,
yang buat ku hidup hingga ke hari ini.....

KENANGAN...

6:33 AM

Kenangan aku,
aku pasti akan ingat seumur hidup..
pejam mata,
aku akan teringat semua itu..
kamu jauh dari aku,
tak mampu untuk aku dekati,
tak berani nak cakap yang aku masih cinta kamu,
tak berani nak cakap yang aku tetap tunggu kamu..
aku terperanjat,
tak pernah terbayang dapat jumpa dengan kamu lagi..
tak pernah terfikir pun yang aku masih cintakan kamu..
aku nak beritahu pada kamu....
yang aku masih mencintai kamu selamanya..
kalau masih sempat,
kamu temankanla aku,
setelah sekian lama,
kamu masih dalam hati aku..
walaupun dah lama berlalu,
walaupun kamu jauh dari aku,
kamu masih dalam hatiku..
kalau terlambat,
kamu hadiahkanlah aku sekalung al-fatihah..
aku nak kamu ingat sampai bila2....
yang aku pernah mencintai kamu......

KAU BEGITU SEMPURNA

2:35 AM

Puas hati ini menilai...
memikirkan...
kenapa kau jua yang aku kasihi....
amat sayangi....
dan amat ku rindui...
kasih....
perbandingan demi perbandingan.....
dan akhirnya hanya satu sebab yang muncul dalam hati......
sebab yang menjadi kan kau begitu istimewa.....
kau begitu SEMPURNA.....
kau sempurna dalam segala hal....
dalam hidup ku yang tak terurus ini....
kau muncul dan kesempurnaan yang kau miliki bukan lah suatu sikap....
tapi ia satu sifat semulajadi.....
aku perlukan semua sifat semulajadi ini untuk pelengkap bagiku menjalani hidup pada hari2 mendatang.....
sifat mu membuat aku rasa tenteram...
damai..
dan tenang.
Sayang....
aku tak mungkin memiliki kesempurnaan ini.....
lantaran hidupku ini telah di takdirkan begini....
namun....
tak mungkin jua aku dapat meninggalkan hidup ku yang tidak terurus ini begitu sahaja.....
banyak lagi tugasan belum selesai....
dan aku akan terus melaksanakan tanggungjawab ini.....
demi insan2 yang tidak bersalah....
ku korban kan hati dan perasaan demi mereka......

SUATU MASA DULU....

2:11 AM

Jangan engkau beri harapan jika belum pasti tujuannya....
Engkau letakkan aku di tempat yang tinggi...
kemudian aku kau lepaskan...
Menjadi kehidupanku tidak menentu....
Keretakan bak dihempas kaca .....
"Besar kesilapan ku besar lagi kesilapan mu...
hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaan ku...
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan...
yang tak mungkin kau maafkan lagi ......
ku tak mungkin perlukan kau di sisi"............
"Suasana sepi kini menambahkan bening di dalam hatiku mengadili silapmu.....
biar di jiwamu aku telah tiada di waktu begini diusik kenangan silam yang bertandang .....
lalu ku biarkan ia menabahkan hati ini"....
Kata-kata manis lagi ku dengar....
hidup ku pula makin tawar.....
Tiap bicara manis bagaikan selumbar bisa kau tanam di jiwa .....
tak terlihat oleh pandangan mata mu......
tiap bicara manis memujuk dan merayu ku ....
tak usah berlalu dan merajuk bawa hati pilu......
Andai sudah tiba masa dan tiada jodoh kita biar kita berpisah...
dari merana seumur hidup....

CINTA SEORANG YANG BERNAMA TEMAN.....

2:08 AM

Dulu engkau ku kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada di sisi
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini?
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku
Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Bait lagu menjadi syahdu dan sendu
Masa yang berlalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita?
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini?
Ku tak sanggup kehilanganmu
menyemai cinta, menyemai kasih,
Sahabat dimula, merindu mengasih.
Gelak tawa,memikat hati,
Suka duka, cuba menyendiri.
Tiap malam, ku duduk termenung,
Fikirkan dia sering terlayang.
Walau hati rindu dan sayang,
Namun aral sering melintang.

LELAKI MELAYU TERAKHIR

2:07 AM

Permulaan cinta...
adalah membiarkan orang yang kamu cintai....
menjadi dirinya sendiri....,
dan tidak merubahnya ...
menjadi gambaran yang kamu inginkan....
Jika tidak...,
kamu hanya mencintai...
pantulan diri sendiri...
yang kamu temukan di dalam dirinya.
Mungkin Tuhan menginginkan....
kita bertemu dan bercinta....
dengan orang yang salah....
sebelum bertemu...
dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti ....
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

YANG KEMBALI KU SEBUT NAMANYA.....

2:06 AM

Bertahun tahun terlalui
Sebuah hasrat diri kembali
melampaui batas rasa teringini
Hanya untuk mengetahui khabarnya kini
Dia yang pernah bermain di dalam hati
Memberi mimpi-mimpi yang membuai diri
Pernah kurajut benang-benang mimpi
Menjadi sebuah kenyataan yang tak terjadi
Memang kisah kita itu indah
Walau kita terikat dalam kisah yang salah
tapi jangan lah pernah tersesali
Kerna sebuah cinta sejati tak memiliki
Bidadara yang kembali kusebut namanya
Dihatimu mungkin tersimpan luka
Diwaktu ku ini izinkan aku meminta
Untuk bisa termaafkan atas luka didada
Kudengar khabarmu kini telah bersamanya
Membuat janji untuk hidup bersama
Teriring doa agar kau selalu bahagia
Dari angin mu yang selalu mencinta
ANDAI CINTA ITU BUKAN MILIKKU..
TERSURAT SUDAH KU PASRAH...
KERNA KU MENGERTI TUHAN ITU INGINKAN...
YG LEBIH BAIK BUAT DIRI INI .....

KAU...YANG KU KENALI..

2:05 AM

Mengenalimu,
Suatu keindahan dalam hidupku,
Kau hadir saat aku,
Kehausan dengan kasih sayang,
Kau menyinari hari-hariku,
Dengan gelak tawa dan gurauan manjamu,
Yang selama ini suram,
Tanpa warna-warna ceria,
Engkau menyuburkan kembali,
Kuntum-kuntum bunga yang layu kekeringan,
Di taman hatiku yang gersang,
Telah sekian lama hatiku beku,
Dengan kata-kata azimat pujuk rayu,
Kaum sejenismu,
Tapi, mengenalimu,
Hatiku kembali goyah dengan,
Pendirian yang pernah aku lafazkan,
Apa yang harus aku lakukan,
Untuk aku memiliki dirimu???,
Kau di sana,Aku di sini,
Mungkin sudah suratan,
Aku hanya mampu mengenalimu,
Tapi, bukan untuk memilikimu,
Walau apapun,
akan kusimpan rasa ini,
Sehingga aku menjumpai cinta yang baru,
Izinkanlah aku,
Mencintaimu dalam gelap malam,
Sunyi ini.... ELLY

SAAT RINDU DATANG MENYAPA

2:04 AM

Kau Duniaku...
Tempat Ku Berteduh Dari Hujan..
Kau Penawar...
Yang Merampas Kesakitan Dari Diriku...
Kau Cahaya...
Menerangi Ketika Ku Mencari Jalan...
Kau Inspirasi...
Ketika Ku Kelu Tanpa Kata Kata...
Kaulah Api...
Menghangatkan Aku Ketika Aku Kesejukan....
Kaulah Tangan...
Yang Aku Impikan...
Untuk Kugenggam Ketika Ku Melangkah Usia...
Kau Pantaiku...
Ketika Ku Sesat Di Lautan Sepi...
Kau Adalah Segalanya...
Yang Aku Suka Mengenai Diriku...
Dan Di Dunia Ini...
Apabila Tiada Lagi Yang Jujur...
Disini Aku...
Terikat Bersama Dirimu...
Masih Terikat Pada Dirimu...
Sudah Berapa Lama...
Sejak Jalan Cerita Ini Bermula...
Dan Ku Berharap Agar Ianya Tidak Berakhir...
Dan Berterusan Seperti Ini Sehingga Keakhirnya...
Melihat Senyumanmu Padaku...
Walau Perasaan Ini Tidak Tenteram...
Hatiku Terpaut dan Terikat Denganmu...
Dan Ketika Ini...
Masih Terikat Dengan Dirimu.

Saturday, February 7, 2009

IZINKAN AKU PERGI....

9:04 AM

Izinkan ku undur diri dari hatimu..
Tiada benci ku kepada mu....
Aku pergi satu pergorbanan ....
Demi sebuah kebahagian yang sedia ada.....
Biar kenangan cinta kita berkubur.....
Tidak mampu kuteruskan lagi .....
Demi menjaga insan lain.....
Aku rela pergi dari hati mu.....
Sukar hendak ku singkir namamu.....
Kau terlalu istimewa untuk ku.....
Biar disini cinta kita terhenti .....
Aku membawa hati parah.....
Aku harus terima hakikat .....
Semua ini adalah Qada & Qadar dariNYA ....
Cukup sampai di sini sayang....
Relakan perpisahan ini....
Walau berat di hati...dan berat perasaan....
Tempuh dengan ketabahan.....
Bukan kita tak saling cinta....
Bukan kita tak saling sayang.....
Bersenang dan berduka...Bertemu dan berpisah....
Itu kehendaknya jua....
Telah ku tempuh jalan tengah...begitu lah akhirnya.....
Telah ku selami laut yang dalam.....
Begitulah akhirnya.......
Cukup sampai di sini sayang.......

CINTA HATI INI

8:34 AM

Cinta tak pernah bersalah....
yang bersalah hati yang cepat buta olehnya....
Cinta tak pernah bersalah.....
yang bersalah tangan yang teraba-raba.....
Cinta tak pernah bersalah......
yang bersalah bila kita tersilap insan nak curahkannya....
Cinta tak pernah bersalah.....
yang bersalah mata yang cepat beralih arah.....
Cinta tak pernah bersalah.....
yang bersalah kita yang silap mengawalnya......
Aku tak kesal kerana jatuh cinta......
tapi aku lebih kesal gagal buktikannya......
Aku tak kesal cintaku tak berbalas.....
tapi aku lebih kesal memaksanya terima......
Aku tak kesal cintaku tak dihargai......
tapi aku lebih kesal serah cinta tanpa harga diri.....
Aku tak kesal cintaku tersekat di pertengahan.....
tapi aku lebih kesal ianya tidak difahami.....
Aku tak kesal cintaku masih tak layu......
tapi aku lebih kesal untuk terus merayu

BILA CINTA BERPUTIK DI HATI....

7:58 AM

Pabila cinta mula berputik di taman hati,
Keintiman bibit2 percintaan semakin bercambah....
Ia semakin indah apabila kita bersentuhan...
Tidak ternilai harganya apabila kita bercinta.....
dengan org yang kita sayangi...
Hanya dialah yg boleh mengubati hati kita apabila kita terluka...
Liku2 yg berapi kita sanggup harungi asalkan dapat bersama...
Jiwa yang luhur ini adalah milikmu seorang...
Tanpa disedari didalam diam pintu hatimu....
sedikit demi sedikit tertutup.....
dan sedikit demi sedikit terbuka.....
untuk insan yang sama sepertimu....
Mutiara airmata sedikit demi sedikit....
melimpahi ke tanah yang gersang...
Terpaksa aku tempuhi dugaan ini dengan rela hati...
Badan ini meronta akibat seksaan penipuanmu...
Hatiku terpaut melihat senyuman mu yang ikhlas dahulu... Tetapi,...senyumanmu penuh pancaroba dan penipuan....
Ku sangkakan pintu hatimu terbuka untukku...,
tetapi tidak ku sangkakan....
pada hari aku didalam kesedihan...
kau meminta prcintaan kita diputuskan...
Adakah ini permainan dunia cintamu???
Memang aku menggilai cintamu...,
bukan kupinta segunung janji...
ku hanya pinta setulus kesetiaan dan keikhlasan cintamu....
Ku harapkan wangian cintamu kembali seperti dahulu...
Walaupun ku tahu semua itu tidak akan wujud semula...
Tinggallah kenangan kita bersama....
di sebalik tinta2 yg berselindung...
Tiada erti ku terus di sini dan terus menanti...
Ku berserah kepad illahi..
Kan ku terima semua ini dengan kerelaan hati...
Ku lalui tembok2 derita ku sendiri tanpa teman.......